Saturday, December 12, 2009

PANDUAN MENTERNAK ITIK

PANDUAN TERNAKAN ITIK
(Sumber:Agro - Journal Pertanian)

PENDAHULUAN

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN

Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN

Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

Makanan komersil
Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil

Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur



Jenis Makanan



Kandungan

Protin
Tenaga

0 - 2 minggu “Duck Starter” 20 %
2700-3000

2 - 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” -
-

4 - 16 minggu “Duck Grower” 16 %
2500 - 2800

16 minggu dan semasa bertelur “Layer” 17 %
2600 - 2900


2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-

Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur

0 - 4 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu 11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

Menjaga kebersihan ladang setiap masa
Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik
Pemeliharaan semasa perindukan
Pengurusan semasa membesar
Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
Beri antistress selama 3 hari.
Beri makanan duck starter crumble tanpa had
Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung
Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl
Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur

Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.
Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.
Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-

Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.

Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD

Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.

Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

Rekod pemeliharaan/pengurusan
Rekod kewangan

Friday, December 11, 2009

Jenis-Jenis Itik

Abacot Ranger
Negara asal: Great Britain. Dua tujuan. Berat 6 lbs. Perawakan serupa dengan Campbell.

Ancona
Negara asal: Great Britain. Purata 6-6.5 lbs. Campuran warna putih dan warna - hitam & putih, , Coklat & putih, perak & putih, "Lavender" & putih, & tiga warna. Tahan lasak, boleh sesuaikan diri, itik yang mempunyai pelbagai tujuan . Penelur yang terbaik, telur putih 210-280 biji, krim, atau telur biru . Membesar agak cepat, & menghasilkan kualiti daging yang tinggi dimana lebih sedap dan kurang lemak jika dibandingkan dengan itik Pekin.

Silver Appleyard
Negara asal: Great Britain. Berat itik jantan 8-9 lbs, kepala dan tengkuk warna hijau "beetle" , leher warna putih dengan tanda perang muda. Berat betina 7-8 lbs, bahagian belakang warna perak keputihan . Penelur yang baik – lebih kurang 100-180 biji telur yang besar.

Aylesbury
Negara asal : Aylesbury, Buckinghamshire, Great Britain. Berat itik jantan 4.5-5.4 kg,
betina 4.1-5 kg. Boleh menukarkan makanan dengan baik . Boleh bertelur 300 biji/tahun
Telur berwarna putih .

Buff
Negara asal: England. Berbagai warna coklat muda kemerahan, coklat kehitaman, biru atau "bluish-slate" (semua dengan bahagian dada warna putih). Boleh dikatakan baka itik dua tujuan yang baik telur dengan banyak dan kualiti yang tinggi & tumbersaran yang cepat. Saiz dan bentuk seperti itik Pekin.


Blue Swedish
Negara asal: Germany. 2 jenis – Biru & Hitam (kebanyakkannya biru) dengan bahagian dada warna putih. Mirip Rouen. Besar, itik terbaik untuk dua tujuan. Tahan lasak. Berat jantan 8 lbs, betina 7 lbs & penelur yang baik. Warna telur biru kehijauan.

Cayuga
Negara asal: Lake Cayuga, New York. Lebar, itik pedaging yang berbadan panjang. Baka yang menarik dan dipelihara untuk pertunjukkan. Warna hitam dengan warna hijau di bulu. Dipasarkan pada umur lebih kurang 12-16 minggu. Berat jantan – 3.62 kg, betina – 3.17 kg. Penelur yang bermusim. Telur besar, kelabu gelap ke biru kehijauan. 80-100 biji.

White Crested
Negara asal: Great Britain. Terdapat bebola berbulu diatas kepala. Lain-lain ciri menyerupai Pekin. Itik dua tujuan yang baik. Bertelur dengan baik kuantiti yang boleh dibanggakan. Tumbesar dengan kadar yang cepat. Berat jantan – 6 lbs, betina – 5 lbs. ¼ daripada telur tidak akan tetas, ¼ lagi tetas tanpa jambul. Susah untuk membiak. Tidak membiak dengan meluas.

Indian Runners
Negara asal: SEA. Popular, penelur yang cepat berkembang biak. Dari famili itik "Leghorns". Pengeluaran telur: 300. 8 jenis perang muda & putih, Putih, "Penciled", hitam, "buff", cokelat, kelabu & biru "Cumberland". Perang muda dan putih paling popular. Berat jantan 4-4½ lbs, betina 3½-4 lbs. Tidak berjalan terkedek-kedek, tetapi boleh berjalan agak laju. Selalu dalam keadaan gopoh gapah. Mempunyai aspek yang unik - Badan panjang dan licin berkilat dengan keadaan menegak. “A bowling pin on feet”.

Khaki Campbell
Negara asal: England. Baka yang ringan. Juga dikenali sebagai
“Leghorn of the duck world”. Pengeluar telur yang terbaik.
Pengeluaran – 275-340 telur/tahun. Anggaran berat telur
71-75 gms each. Terlalu lasak. 3 Pelbagai jenis – Khaki,
Dark & White.
Jantan - weight 2.5-3 kg; Betina 2-2.5 kg.
Pembiakan – 1:10

Muscovy
Negara asal: Brazil. Itik domestik dan bukan dari Mallard.
Asalnya dipanggil itik "Musk". Itik yang paling besar. Muscovy putih paling dengan dagingnya. Daging yang paling lembut, pejal & sedap. Boleh membesar dengan cepat. Berat jantan kira-kira 4.5-6.5kg, betina 2.2-4.5 kg. Secara teknikal ia menyerupai angsa. Tidak "quack", tapi berbunyi "hissing". Nama samarannya ialah “Turkey duck” kerana muka berkedut yang merah. 8-21 telur/sangkak. Inkubasi: 35-36 hari.Warna - biru, biru & putih, cokelat, cokelat & putih,putih, hitam, hitam & putih, "lavender & calical".

Pekin
Negara asal: China. Menjadi pilihan penternak komersil untuk pengeluaran daging. Cepat membesar dan boleh menukarkan makanan dengan baik. Berat jantan bila dipasarkan ialah kira-kira 9-12 lbs. dalam masa 8 minggu, betina 8-9 lbs. Tahan lasak. Warna putih. Bertelur kira-kira 160 biji semusim. Pembiakan – 1:5.

Rouen
Negara asal: France. Besar, cantik, warna seperti Mallard liar. Dikatakan mempunyai daging yang paling sedap. Penelur yang sederhana. 100-150/tahun. Telur mempunyai "tine" biru. Berat jantan 8-9 lbs, betina 6-7 lbs. Perlu mempunyai air 15” ke atas untuk membiak.

Saxony
Negara asal: German. Baka yang berat - Berat jantan 8 pounds, betina lenih kurang 7. Dua tujuan. Warna jantan lebih kurang seperti Mallard tapi warna yang lebih suramitik yang berwarna kuning pucat; jantan dan betina mempunyai bulu warna bayangan warn biru kelabu . Bertelur kira-kira 150 biji/tahun

Swedish Yellow

Asal dari Blue Swedish. Selalunya berwarna kuning. Tidak mepunyai daging yang banyak jika dibandingkan dengan Blue, tetapi penelur yang lebih baik. Berat 3-3.5 kg.

Welsh Harlequin
Negara asal: Wales. Baka penelur yang ringani: 275-350 biji/tahun. Lebih tenang jika dibandingkan dengan Campbells.